1. Trang chủ
  2. » Luận Văn - Báo Cáo

Strength of hue idea dan penghasilan dalam arca awam di hue, vietnam

30 1 0

Đang tải... (xem toàn văn)

Tài liệu hạn chế xem trước, để xem đầy đủ mời bạn chọn Tải xuống

THÔNG TIN TÀI LIỆU

‘Strength of Hue’: idea dan penghasilan dalam Arca Awam di Hue, Vietnam Rosli Zakaria Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka Abstrak “Strenght of Hue” merupakan sebuah arca awam yang telah dibina di Taman Phu Xun di wilayah Thua Thien Hue, Vietnam pada tahun 2004 Ianya telah dihasilkan sempena berlangsungnya Simposium Antarabangsa Seni Arca kali ke Hue , Vietnam Simposium berlangsung selama 40 hari dengan penglibatan pengarca-pengarca dari beberapa negara Asia dan Eropah Penulisan ini melihat bagaimana pendekatan yang digunakan oleh pengarca dalam menghasilkan arca tersebut Ia menyentuh tentang latarbelakang serta kajian awal, kemudian persediaan dan persekitaran kerja, seterusnya Idea dan proses penghasilan arca tersebut berlaku Mengambil kira tema umum “impressions of Hue” idea diterjemah dalam bentukan visual 2D melalui lakaran-lakaran dan 3D berbentuk model Peringkat seterusnya adalah terjemahan model ke bentuk akhir menggunakan bahan batu Di peringkat penghasilan karya sebenar beberapa perkara telah diperhalusi, antaranya ; rekaan yang dihasilkan, sifat fizikal bahan batu granit dan mar-mar, alat manual dan alatan mesin yang digunakan untuk mengukir, kerja-kerja memotong, mengukir, memasangan , pengemasan dan mempamerkan kepada khayalak umum Mengukir batu adalah satu proses diluar jangka bagi pengarca yang pertamakali melakukannya, ianya tidaklah sesukar yang disangka, malahan dikatakan mengukir batu lebih mudah dari mengukir kayu Bagi pengarca tempatan bahan batu adalah antara bahan yang perlu diterokai, terutamanya bagi karya arca awam Kata Kunci : arca awam, ukiran batu, idea, proses dan teknik 1.0 Pengenalan Menghasilkan sesebuah arca dalam sekala yang besar dan dipamerkan dilokasi awam seringkali menjadi idaman setiap pengarca Arca yang sedemikan mempunyai kekuatan tersendiri terutamanya dari segi khayalak yang sentiasa berlegar-legar disekelilingnya Arca sedemikan yang dikategorikan sebagai Arca Awam (Public Sculpture) bukan sekadar menjadi penghias sesuatu ruang terbuka malahan membawa aspirasi setempat Atkins(1945) menyatakan kewujudan arca sedemikan berlandaskan masyarakat setempat bukan semata-mata kehendak pengarca sahaja Dalam konteks menghias persekitaran kewujudan Arca Awam membawa satu pendekatan baru untuk khayalak menikmati persekitaran tersebut, ia menjadi pelengkap kepada lanskap lembut yang sedia ada seperti kajian yang telah dibuat oleh Muhaizam Mustafa (2009) Dalam temubual bersama Ramalan Abdullah, 2010, beliau menyatakan Arca awam mampu menjadi salah satu alat untuk menaikkan semangat patrotik serta cintakan tanahair Kesempatan penulis menghasilkan arca awam di Hue Vietnam memberi satu pengajaran dan pengalaman yang amat berharga Sesuatu yang harus diakui, penghasilan arca awam sememangnya bukan hak mutlak sesorang pengarca tetapi ianya adalah kerja kolobrasi beberapa orang yang pakar dalam bidang-bidang tertentu seperti akritek, jurutera, perancang bandar dan lain-lain kepakaran termasuklah perkerja-perkerja diperingkat rendah seperti tukang bancuh simen Kenyataan tersebut turut diakui oleh Ariffin Mohd Ismail, dalam satu temubual bersama penulis pada tahun 2010 Arca “Strength of Hue” yang telah penulis hasilkan menjadi subjek utama didalam penulisan kertas kerja ini Huraian ringkas perihal idea dan proses penghasilannya menjadi intipati utama kertas kerja 2.0 Latar Belakang Simposium Antarabangsa Arca Hue, Vietnam kali ke Simposium arca di Hue, Vietnam, telah diadakan kali pertama pada tahun 1998, diikuti pada kali kedua pada tahun 2002 Antara tujuan utamanya termasuklah untuk memaparkan kekayaan kebudayaan masyarakat Hue di samping sebagai aktiviti semasa dalam penghasilan seni arca awam Sebanyak 63 arca awam telah terhasil daripada kedua-dua simposium yang telah dilangsungkan Arca-arca tersebut diletakkan kekal di Taman Phu Xun yang terletak di bahagian Utara Sungai Perfume Pada tahun 2004 simposium kali ketiga telah diadakan dengan penyertaan seramai 31 orang pengarca dari pelbagai negara, Taman Phu Xun yang terletak di bahagian Selatan Sungai Perfume , telah dipilih sebagai lokasi untuk berkarya dan meletakkan arca yang telah siap Thua Thien Hue merupakan sebuah wilayah di tengah-tengah Vietnam yang telah diiktiraf sebagai ‘world culture heritage’ oleh UNESCO Dengan keluasannya meliputi 688 km persegi, Wilayah ini menampung seramai 400,000 penduduk, menjadikan bandar Hue sebagai bandar ‘ancient Imperal capital’ yang cukup popular di Vietnam Simposium kali ke ini berlangsung selama 40 hari, telah disertai oleh 31 peserta dari negara-negara seperti, Belanda, United Kingdom, Kanada, Perancis, Jepun, Thailand, Filipina, Indonesia, Laos, Malaysia dan Vietnam selaku peserta tuan rumah Simposium ini menjadikan batu sebagai bahan utama untuk menghasilkan karya arca awam dan merupakan acara dwi tahunan yang diiktiraf oleh kerajaan Vietnam dengan sokongan daripada beberapa badan bukan kerajaan Penganjur utama simposium ini ialah Kementerian Kebudayaan dan Penerangan, Thua Thien Hue People Committee, UNESCO Vietnam National Committee dan Vietnam Fine Art Association Bagi menjayakan simposium antarabangsa ini, dua badan utama telah menaja dengan jumlah yang besar Ford Foundation yang berpangkalan di Vietnam dan Thailand yang telah menjadi penaja utama sejak simposium yang pertama pada tahun 1998 menyumbangkan tajaan sebanyak USD 60,000.00 Manakala Rockefller Foundation yang bertapak di Thailand telah menaja 11 orang pengarca dari negara ASEAN dengan nilai tajaan USD 39,930,000.00 Simposium Arca di Hue,Vietnam ini sememangnya memberikan input yang amat berharga kepada pengarca-pengarca yang sukar untuk menghasilkan arca batu di tempat masingmasing 3.0 Persediaan Awal 3.1 Lokasi Lokasi yang telah dipilih adalah disebuah Taman Phu xuan , di pinggir Sungai Perfume Lokasi ini turut menjadi ‘studio bengkel’ dimana kerja-kerja mengukir batu dilakukan Setiap peserta diberikan kawasan dengan khemah yang ringkas untuk melindungi diri dari panas dan hujan Di sini juga disediakan satu kawasan yang menjadi tempat berbincang serta aktiviti syarahan ringkas bagi setiap peserta 3.2 Bahan Mentah Setiap peserta disediakan sebongkah batu , beberapa jenis batu yang terdpat di dalam symposium ini seperti batu granit, hitam dan kelabu, batu mar-mar putih dan kelabu Ketandusan pengalaman menghasilkan karya dengan batu menyebabkan penulis kurang arif tentang karektor sesebuah batu Bongkah batu yang dipilih tidak sekataukurannya, iaitu dengan ketinggian 200cm, lebar bahagian bawahnya 110cm manakala bahagian atasnya 60cm dan ketebalannya ialah 67cm Walaupun batu yang dipilih ini kecil jika dibandingkan dengan batu-batu yang lain, namun batu ini agak sukar untuk diukir kerana granit hitam merupakan batu daripada jenis keras dan berketumpatan tinggi Ini terbukti dengan penggunaan sembilan keping mata pemotong bagi menyiapkan bentuk asas berbanding dengan hanya tiga keping mata pemotong bagi mengukir batu marmar Gambar 1: Batu granit hitam 3.3 Peralatan Pada dasarnya terdapat dua kategori alatan yang digunakan dalam kerja-kerja mengukir batu, iaitu, alatan tanpa elektrik (hand tools) dan alatan dan mesin yang menggunakan kuasa elektrik Kerja-kerja mengukir akan menggunakan kedua-dua kategori alatan tersebut Gambar 2: Antara alatan tangan untuk mengukir batu Pahat dan penukul Gambar :Mesin pemotong batu ,(“grinder”) besar Gambar 4: Mesin pemotong kecil Gambar 5: Alat pemampat udara diperlukan bagi penggunaan mesin penebuk berkuasa tinggi 3.4 Perlatan keselamatan Kerja-kerja mengukir batu merupakan kerja-kerja yang memerlukan gerak kerja fizikal yang banyak dan memerlukan peralatan keselamatan sesuai Antaranya adalah penutup hidung mata dan telinga Topi keselamatan dan sarung tangan Gambar 6: Sarung tangan, cermin mata keselamatan, penutut telinga dan penutup mulut 4.0 Idea dan proses penghasilaan 4.1 Kajian lapangan Untuk mendapatkan idea bagi membina bentuk arca yang ingin ditampilkan, penulis telah membuat kajian lapangan dan telah memanfaatkan siri lawatan yang diadakan bagi mendapatkan seberapa banyak input dan data untuk menghasilkan arca Pada minggu pertama dan kedua, para peserta dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah yang menarik di seluruh bandar Hue Tidak dapat dinafikan peninggalan bersejarah yang masih kukuh memaparkan nilai seni bina yang tinggi dengan bongkah batu menjadi bahan binaan utama Kebanyakan bangunan bersejarahnya masih kukuh berdiri Tu Duc Tomb yang merupakan bekas kota maharaja ialah kompleks yang masih mempunyai kesan-kesan yang menarik Penulis tertarik dengan binaan bangunan operanya yang masih kukuh dengan dikelilingi tasik buatan (hampir kesemua kota lama di sini dikelilingi tasik) Dikatakan di ruang inilah maharajanya beristirehat sambil mendengar pengucapan puisi dan menikmati udara nyaman Kayu digunakan sebagai bahan untuk membina struktur atas manakala dindingnya dipenuhi dengan ukiran yang bermotifkan bunga teratai Bunga teratai ini menjadi bunga kebanggaan masyarakat Hue Dalam pelbagai ciptaan akan terdapat ukiran motif teratai di atasnya dan bunga ini berkait rapat dengan agama mereka, iaitu Buddha ‘Xung Khiem Pavilion, was frequented by emperor for the enjoyment of fresh air,the scenic view and as a place to compose poetry’ Ini merupakan kata-kata yang terdapat pada papan tanda yang terletak di kompleks berkenaan Bangunan pentadbiran utama Kota Maharaja mempunyai tiga aras ketinggian Di sini terdapat ukiran timbul (base relief) yang unik yang menggambarkan kehalusan budaya masyarakat Vietnam Gambar 7: Kelihatan di belakang penulis ,anjung/beranda sebuah ‘opera’ tempat maharaja berehat sambil mendengar pengucapan puisi.Bangunan tersebut dikelilingi tasik yang dipenuhi dengan bunga Teratai Gambar 8:Antara motif yang terdapat di bahagian penyangga bumbung Gambar 9: Ukiran dengan motif bunga teratai yang terdapat di dinding ini menjadi salah satu motif yang diukir dalam arca ‘Strenght of Hue’ Lawatan ke tempat tinggalan sejarah di My Son dan Hoi An, memberikan banyak pendedahan kepada penulis tentang tinggalan kompleks pemerintahan maharaja lama Bangunan mirip binaan Angkor Wat masih kekal sebagai simbol pemerintahan kerajaan Campa dahulu kala Gambar 11: Kesan peninggalan perang, Jambatan Jepun di Bandar Hoi An Gambar 10: Sebahagian dari binaan kuil masih jelas struktur binaannya di My Son Selain tempat-tempat bersejarah, penulis juga mendapatkan seberapa banyak input daripada suasana sekeliling serta kehidupan masyarakat Hue itu sendiri Kenderaan motor yang memenuhi jalan di Hue, jambatan lama, pasar, kota lama , penjaja, tukang basikal, jualan di kaki lima dan banyak perkara lain telah memberikan penulis pelbagai data sehingga terhasilnya karya ‘Strength of Hue’ 4.2 Lakaran Setelah mendapat data-data daripada lawatan dan pemerhatian, penulis telah membuat beberapa lakaran idea Antara intipati subjek yang dijadikan lakaran adalah , motif-motif yang terdapat dibangunan lama, simbol figura , simbol dunia teknologi dan perkara “nontangible” seperti semangat serta cabaran Dalam waktu yang sama penulis juga mengambil kira bentuk asas batu granit yang diberi Lakaran 1: Salah satu motif ukiran yang terdapat di Tu Duc Tomb yang dilakar secara spontan di lokasi Lakaran 2: Antara cadangan bentuk arca yang dilakarkan, mempunyai dua bentuk utama bahagian bawah dan atas Lakaran 3: “to hold the new world(global)” lakaran yang mengambil kira persoalan lokal (imej pagoda) dan global(imej papan litar komputer) Gambar di atas merupakan proses awal, iaitu meratakan permukaan bawah bongkah batu yang akan menjadi tapak bagi dirian arca Batu mula dibentuk mengikut lakaran yang telah disediakan Antara alatan yang digunakan termasuklah pahat batu dan mesin pemotong elektrik Pemotong elektrik digunakan untuk mengelar permukaan batu agar mudah di pahat Kebanyakan kerja mengukir batu menggunakan pemotong yang mempunyai kepingan mata tahan lasak Kebiasaannya mata pemotong merupakan gabungan besi dan intan Mesin pemotong ini digunakan dalam keadaan matanya basah bagi mengelakkan habuk ketika batu dipotong 5.2 Peringkat kedua- membentuk batu menjadi silinder Selepas meratakan bahagian tapak, kerja-kerja seterusnya adalah membentuk batu menjadi bulat seperti silinder di bahagian tengahnya, manakala bahagian atas dan bawah batu itu dibentuk seperti kiub Gambar15: Teknik asas , mengelar batu menggunakan mesin pemotong Gambar 16: Batu yang telah dikelar akan dipahat untuk memecahkannya Membentuk bahagian tengah batu untuk menjadi bentuk silinder merupakan kerja yang mencabar Proses yang digunakan adalah sama, iaitu membuat kelaran kecil bagi memudahkan kerja memahat dengan menggunakan pahat tangan yang sedia ada Tiga gambar di atas menunjukkan bahagian batu yang dibentuk menjadi silinder di bahagian tengahnya Proses mengelar dan memahat mengambil masa lebih kurang lima hari Setelah membentuk bahagian tengah batu menjadi bentuk silinder, proses seterusnya ialah membentuknya menjadi enam lingkaran seperti gelang Ke tiga-tiga gambar di bawah menunjukkan proses membentuk enam gelang seperti yang telah dibuat pada model Gambar 17a menunjukkan mesin pemotong mengelar bahagian yang hendak dipahat manakala gambar 17b menunjukkan pahat tangan digunakan untuk memecahkan batu yang telah dipotong tadi Proses ini dilakukan sedikit demi sedikit untuk sehingga gelang terbentuk di sekeliling bentuk selinder, rujuk gambar 17c Gambar 17a Gambar 17b Gambar 17c Gambar18: Bentuk pertama yang telah siap dibuat mengambil masa selama 10 hari Mata pemotong elektrik yang digunakan adalah sebanyak sembilan keping dengan nilai setiap satu hampir RM125 Ini merupakan peringkat yang paling sukar dalam proses mengukir arca “Strength of Hue” 5.3 Mengukir imej figura pada salah satu permukaan di bahagian bawah Untuk mengukir imej tiga figura di bahagian bawah, kerja-kerja mengukir turut menggunakan mesin pemotong dan pahat pengukir Gambar 19 dan 20 menunjukkan permukaan batu dipotong secara kasar supaya mudah diukir.Mesin pemotong yang bersaiz kecil digunakan bagi mempercepat proses mengukir disamping pahat batu digunakan untuk memperhalusinya Gambar19 : Garisan yang dibuat menggunakan mesin pemotong kecil Gambar 20: Memotong batu untuk membentuk imej figura seperti yang telah dilakarkan Gambar 21: Tiga imeh figura telah siap diukir 5.4 Mengukir Bentuk Kedua Bagi mengukir bentuk kedua (diletakkan di bahagian atas bentuk pertama), penulis memerlukan satu lagi batu yang berlainan Selepas berbincang dengan urus setia penulis telah diberikan sebongkah batu yang besar Bongkah batu itu perlu dibelah bagi disesuaikan dengan bentuk yang ingin diukir Kali ini penulis memilih batu marmar kelabu (grey marble) supaya kerja-kerja untuk membentuknya menjadi lebih mudah Untuk membelah batu, langkah awal adalah menanda bahagian yang hendak dibelah ,kemudiannya dikorek lubang sepanjang garisan yang dibuat Apabila lubang sudah disediakan, proses seterusnya memasukkan pahat baji dengan kepingan penyendal di tepinya Baji ini diketuk secara konsisten sehingga batu terbelah Gambar 22: Baji yang dimasukkan ke dalam lubang yang telah dikorek Gambar 23: Batu yang telah dibelah dan kerja-kerja mengukir dimulakan untuk menghasilkan bentuk kedua Gambar 24: Memahat permukaan yangtelah dikelar Gambar 25: Bentuk kedua yang telah siap Gambar 26: Melukis motif teratai di salah satu permukaan Gambar 27 : Mengukir motif bunga raya disebahagian permukaan Gambar 28: Salah satu permukaan bentuk kedua diukir dengan imej cip komputer Gambar 29: Permukaan di sebaliknya diukir dengan imej pucuk rebung berserta bunga raya, bahagian bawahnya ukiran bunga teratai Gambar 30: Gambar dekat imej yang telah diukir Bentuk kedua siap diukir dalam jangka masa yang singkat, iaitu tiga hari kerana bongkah batunya tidak begitu keras dan permukaannya dibiarkan kasar dan tidak perlu diratakan Malahan kesan pada permukaannya terjadi secara tidak langsung ketika kerja-kerja mengelar dan memahat Gambar 31: Dua bahagian bentuk arca “Strength of Hue” yang telah siap diukir Setelah mengambil masa lebih kurang 25 hari, kedua-dua bahagian bentuk arca siap diukir oleh penulis dan menunggu masa untuk diletakkan di tempat yang telah dipilih Gambar 31 menunjukkan dua bahagian bentuk arca yang telah sempurna diukir Turut kelihatan serpihan-serpihan batu yang terhasil daripada kerja-kerja mengukir itu Menariknya, serpihan batu yang terhasil sepanjang kerja-kerja mengukir berlangsung di simposium ini telah diberikan kepada orang ramai yang menginginkannya Serpihan batu tersebut terutama marmar putih adalah menarik untuk dijadikan hiasan taman Penyediaan Tapak Bagi meletakkan arca di lokasi yang ditetapkan, maka tapaknya perlu disediakan Pada dasarnya tapak yang dibuat adalah dengan menggunakan simen dan dibentuk mengikut rekaan yang ditetapkan oleh setiap pengarca Rajah Plan tapak Gambar 32: Kerja-kerja membuat tapak sedang dilakukan Lokasi bagi menempatkan arca penulis agak strategik kerana letaknya di tengah-tengah taman Tapak untuk arca penulis telah mempunyai simen Oleh itu, pekerja terpaksa mengalihkan sebahagian batu untuk membina tapak baru Tapak baru yang dibina oleh penulis hanyalah setinggi lapan inci dari permukaan tanah… 7.0 Pemasangan Bagi memasang dua bahagian arca yang telah dibuat, penulis telah menebuk lubang di bahagian atas pada bentuk pertama dan di bahagian bawah pada bentuk kedua Keduadua bentuk ini akan dicantumkan dengan sebatang besi tahan karat (stainless steel ) Kerja-kerja mengangkat dan meletakkan bentuk pertama di atas tapak yang telah disediakan (gambar 24a dan 24b, ) Kemudian bentuk yang kedua diletakkan di atas bentuk yang pertama Untuk memastikan bentuk kedua ini tidak bergerak ataupun jatuh, besi tahan karat (stainless steel )telah diletakkan di antara bentuk pertama dan bentuk kedua Gambar 33: Proses meletakkan bahagian pertama ke atas tapak Gambar 34: Bahagian pertama arca telah berjaya diletakkan di atas tapak Gambar 35: Meletakkan bahagian kedua di atas bahagian pertama Untuk memastikan ianya stabil sebatang besi padu tahan karat dimasukkan di kedua-dua bahagian Gambar 36: Kedua-dua bahagian telah dicantum untuk menjadi arca yang sempurna 8.0 Pengemasan Dengan selesainya kerja-kerja memasang , bermakna 95 peratus karya penulis telah siap manakala lima peratus lagi merupakan kerja-kerja pengemasan seperti mengilatkan arca serta meletakkan label yang mengandungi maklumat seperti nama pengarca, tajuk ,bahan dan saiz karya Bagi mengilatkan batu granit yang dibuat oleh penulis, minyak pelincir kereta (silinder) telah digunakan Minyak pelincir ini disapukan ke seluruh bentuk yang telah siap Dan, hasilnya amat menakjubkan apabila batu granit hitam tersebut memperlihatkan nilai estetikanya Pada peringkat awal arca penulis tidak mempunyai rumput di bawahnya kerana tapak arca terletak di atas kawasan yang telah bersimen Namun begitu, dengan kepekaan Mr.Nguen Hien selaku ketua projek yang juga merupakan salah seorang pengarca yang terlibat, penulis telah diarahkannya supaya menanggalkan sedikit kawasan bersimen di sekeliling arca untuk diletakkan rumput Menurut beliau karya itu seolah-olah lukisan yang berbingkai, maka kemaslah hasil karya tersebut Gabungan ‘nature’(rumput) dan ‘man made’ objek sememangnya meninggalkan kesan estetika yang menarik Gambar 37: Arca yang telah di sapu dengan minyak dan kawasan disekeliling arca sebelum di’bingkai’kan Gambar 38: Perbezaan yang ketara apabila arca siap di’bingkai’kan, kelihatan lebih artistik Aprisasi Karya Tajuk Bahan Saiz Tahun Lokasi Arca : : : : : Strength of Hue Batu granit hitam dan marmar kelabu 250cm x 110cm x 60cm 2004 Phu Xuan Park – North of Perfume, Hue, Vietnam “Strength of Hue” ialah sebuah arca awam yang mempunyai bentuk asas meninggi Arca ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, Bahagian atas yang mempunyai bentuk seperti sepotong buah, bahagian tengah berbentuk silinder bergelang dan bahagian bawah berbentuk kiub yang tidak sekata Jalinan batu yang semula jadi menjadikan permukaan arca kelihatan menarik Warna batu granit hitam amat menarik apabila disapukan dengan minyak Makna yang ingin disampaikan melalui bentuk-bentuk yang dihasilkan boleh dihuraikan seperti yang berikut ‘Strength of Hue’ membawa pengertian bahawa kekuatan Hue adalah terletak di tangan masyarakatnya sendiri Tiga imej figura di bahagian bawah membawa konsep asas sesebuah keluarga Tunjang keluarga akan menjadi tunjang dalam masyarakat Enam lingkaran menggambarkan rintangan yang perlu ditempuh oleh setiap anggota masyarakat di Hue untuk mencapai kejayaan Hal ini digambarkan melalui bentuk yang paling atas Bentuk tersebut diukir mengikut motif tradisi Hue, iaitu bunga teratai dan di sebelahnya pula diukir imej cip komputer bagi menggambarkan betapa pentingnya ilmu teknologi maklumat dalam era globalisasi dan juga membawa makna ilmu pengetahuan Inilah senjata yang perlu digunakan oleh masyarakat Hue dalam memajukan wilayah mereka Secara keseluruhan bentuk yang dinamik itu berdiri gagah bagi menyampaikan makna yang telah diekspresi oleh pengarca Kesimpulan Mengukir batu merupakan kerja penghasilan arca yang mempunyai nilai estetika yang tinggi Batu yang dapat bertahan beratus tahun merupakan bahan yang amat sesuai dalam penghasilan arca awam Dengan alat yang betul dan sesuai , batu tidaklah begitu sukar untuk diukir Malahan pengarca yang mahir mengukir batu menyatakan bahawa kerjanya lebih mudah dan menyeronokkan berbanding dengan mengukir kayu yang memerlukan kemahiran berlembut ketika mengukir dan berbeza daripada mengukir batu yang memerlukan pergerakan fizikal yang agak agresif ketika mengukir “Strength of Hue” telah berdiri sebagai sebuah arca awam yang mampu mengatasi masalah cuaca dan persekitaran disamping penyelengaraannya yang tidak kompleks Arca menggunakan bahan batu dilihat berpotensi dikembangkan di Malaysia khususnya dalam konteks arca awam Rujukan Ariffin Mohd Ismail, 2010 Makna dan Falsafah Arca Awam di Bandaraya Kuala Lumpur, Temubual, Alor Gajah, 16 Jun 2010 Baharudin Md Arus (1996) Katalog Pameran Seni Arca: Persoalan Tradisi dan Pemodenan Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur DBP (1994) Glosari Budaya Malaysia, Seni Ukir DBP, Kuala Lumpur Dona Z Meilach (1970) Contemporary Stone Sculpture, Crown Publisher,Inc, New York Mel.Gooding.(1998) Public: Art: Space Merrell Holberton ,London Ragans.R (2000) Art Talk, USA: Glencoe/McGraw-Hill Ramlan Abdullah, 2010 Makna dan Falsafah Arca Awam di Bandaraya Kuala Lumpur, Temubual , Shah Alam, 25 Julai 2010-12-19 Rosli Zakaria (2001) M.A Thesis, Personal Practical Art Work and It’s Application to Art and Design Education, De Monfort University,UK/UiTM Muhizam Mustafa.(2009) Wacana Seni Journal of Arts Discourse Jil./Vol.8 2009,USM.P.Pinang Buku Catatan Pengarca Rosli Zakaria (2004) Hue- Vietnam Katalog The Third International Sculpture Symposium In Hue- Vietnam (2004) The Ministry Of Information and Culture Vietnamese ... masyarakat Hue di samping sebagai aktiviti semasa dalam penghasilan seni arca awam Sebanyak 63 arca awam telah terhasil daripada kedua-dua simposium yang telah dilangsungkan Arca- arca tersebut diletakkan... kerja 2.0 Latar Belakang Simposium Antarabangsa Arca Hue, Vietnam kali ke Simposium arca di Hue, Vietnam, telah diadakan kali pertama pada tahun 1998, diikuti pada kali kedua pada tahun 2002 Antara... pada tahun 2010 Arca ? ?Strength of Hue? ?? yang telah penulis hasilkan menjadi subjek utama didalam penulisan kertas kerja ini Huraian ringkas perihal idea dan proses penghasilannya menjadi intipati

Ngày đăng: 10/10/2022, 10:48

Xem thêm:

TÀI LIỆU CÙNG NGƯỜI DÙNG

TÀI LIỆU LIÊN QUAN